Jom kita berkenalan

Selamat berkenalan semua

Saya, Dayang Ku lehainie. Lagi mesra panggil Dayang jak. Berasal dari Sabah memang dan sudah berumah tangga

Dayang seorang guru di sebuah Sekolah Menengah Agama yang tertua di Sabah, Sekolah Menengah Agama Islamiah Papar, sebelah saja dengan pantai

Nak dijadikan cerita, sekolah ini dulu lokasi asalnya terletak dipinggir sungai Papar, yang menjadi laluan utama orang-orang setempat ke pekan atau pun ke laut menangkap ikan

Bagaimana Dayang menceburkan diri dalam blog? Mudah saja. Masa masuk kolej, kami telah diberi kursus intensif untuk mengenal apa itu laman sosial seperti blog, emel, cara membina blog dan emel itu sendiri. Nampak seronok di situ, kan

Secara tidak langsung, bila menceburkan diri seterusnya dalam biz online, ilmu yang terdahulu dipelajari, baiklah dipraktikkan. Malah, dalam biz terbabit mempunyai grup sokongan ( group support ) untuk mahir dalam mengendalikan blog juga laman sosial yang lain

Seperti juga facebook, twitter dan seumpamanya perlu tahu selok belok cara mengaplikasikannya untuk tontonan umum ( public figure ) dalam mempromosikan barangan

Rasanya, setakat itu sahaja pengenalan dari Dayang untuk korang semua

Ada pertanyaan lagi? nanti kita sembang tertutup ya

Wassalam

Yang comel
Dayang


Comments

Popular Posts