AKHIRI RAMADAN DENGAN SEDEKAH DAN AMAL JARIAH

Malam ini 27ramadan, sekolah kami meraikan pelajar kurang berkemampuan dan yatim dalam majlis KASIH RAMADAN

Seramai 50 orang peserta telah dipilih bagi menyempurnakan majlis tersebut

Tiap tahun kami buat majlis nie. Iyalah, melihat mereka gembira dapat ampau raya dari mereka mereka yang budiman dan dermawan, sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan raya mereka dengan keluarga

Seawal 7.30pagi, majlis TADARUS ALQURAN beramai ramai, dihadiri oleh semua pelajar sekolah, kemudian pada sebelah petangnya majlis Penyampaian Sumbangan kepada mereka yang terpilih tadi

Antara menu yang kami pilih adalah Nasi Briyani , ayam masak berempah, acar timun, isi ikan goreng sweet & sour dan sedikit juadah kuih muih untuk waktu berbuka nanti

Alhamdulillah, majlis berakhir selepas solat terawih beramai ramai di surah sekolah dan pelajar boleh bersurai dengan senang hati dan perut kenyang

Betapa gembiranya menyambut bulan ramadan almubarak dengan tawadu' dan tulus ikhlas....Allahu Akbar

Comments

  1. Aktiviti wajib juga ni di sekolah, ceria je muka masing - masing

    ReplyDelete
  2. sedar tak sedar dah nak Syawal..cepatnya dah Ramadhan ke 27..

    ReplyDelete
  3. Bestnya aktiviti macam ni. Keep it up sis!

    ReplyDelete
  4. Bagusnya aktiviti ni. Macam di sekolah anak saya pun, cikgu tanya ada tak student yg belum ada baju raya. Kalau belum ada, esok Jumaat cikgu suruh dtg p sekolah untuk ambik baju raya 😊

    ReplyDelete
  5. sya sgt percaya dengan kebaikan bersedekah.teruskan benda yg baik

    ReplyDelete
  6. Kecil atau besar nilai sedekah tu tak kisah, yang penting keikhlasan hati memberi... Tu lah yang paling utama..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts