TRAVEL KESEKIAN KALI

travel kali ini terasa terbatas, dengan hujan dan ribut petir silih berganti. Nampaknya usahawan kedai dobi dah boleh kaut keuntungan yang berlipat kali ganda dari biasa. Apa tidaknya musim tengkujuh makin kunjung tiba.

Duduk di kerusi plastik merah tepi kedai dobi. Sambil mata acapkali dialihkan ke luar kedai, yang sarat dengan pejalan kaki dan bunyi hon kenderaan yang menuju ke destinasi masing-masing.

eeeeeerrrrmmmm, satu keluhan dilepaskan, ruginya tak dapat pergi sana sini seperti travel sebelum ini

Punat digital mesin basuh ditekan ke digit 25minit setelah token dimasukkan. Kain berputar dan kelihatan sabun dan air bersilih ganti terpancur  keluar dari salurannya. Aaaahh, tak kisahlah tak dapat kemana-mana travel nie. Janji yang tersayang sentiasa di sisi....Itu sudah pasti.

25minit hampir tamat, baiklah beredar ke gerai ABC Nasi Kandar Jalan Tun Sambantan, pekena kopi O tarik dan Nasi Kandar Special. Lepas juga lapar tak bersarapan tadi

Comments

  1. Macam baca novel oo kak.hahaha.. tengah syok baca, habis lah pulekkk.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya sambung heheh sangat banyak travelog saya sepanjang bersama shaklee sebenarnya..terima kasih melawat

      Delete
  2. Haha betul tu, boleh tulis novel ni tau 😘

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts