MASIH DI SINI

sambil baring2 melihat televisyen...mata meneliti henpon sambil jari ligat memainkan papan kekunci...menaip aksara2 kata untuk dijadikan satu cerita

melihat seorang ustaz baru selesai melayari internet di depan meja komputer sekolah...dia berdiri dan berjalan sambil menjinjing jaket hitam sambil menyapa bila saya akan balik

saya hanya tersenyum dan membalas sapaannya menyatakan akan balik bersama sepupu merangkap kerani sekolah

hawa panas menerobos masuk melalui pintu yang dibuka....mata seakan2 tertutup dek panahan silau cermin depan kereta ustaz tadi

sambil melilau mata mencari fail RPT...tangan masih ligat menaip bait2 kata untuk diterbitkan dalam blog. Air di botol makin kosong dan langkah pantas dicapai untuk diisi. Penat masih belum hilang dan tekak masih haus dek hawa panas mentari petang

Comments

Popular Posts